Showing posts with label Japanese Garden. Show all posts
Showing posts with label Japanese Garden. Show all posts

Tuesday, 8 January 2013

Rumah Jepun dalam Hutan Tropika ~ Bukit Tinggi


Salam dan Selamat Pagi
Sambungan entry Bukit Tinggi Pahang. Selepas puas bergambar di Colmar Tropicale Bukit Tinggi,
Destinasi seterusnya adalah Japanese Garden

Ketinggian Taman Jepun ni adalah setinggi 3500 kaki dari paras laut.
Sejuk kat kawasan ni. Memang rasa sedikit kelainan


Rumah Teh Jepun yang pertama di Dunia dalam Hutan Tropika

Di Japanese Garden, kita boleh pakai Baju Tradisi Jepun iaitu Kimono.
Xtau plak berapa bayaran untuk sepasang baju.

Inilah Japanese Garden. 
Antara Baju Kimono yang dipakai oleh pengunjung

 Rumah Jepun 

Air Sungai yang mengalir di tepi rumah Jepun



Ikan apa xtau ni..sapa tau?heehe saya xtau


Ramai Pengunjung yang datang sini


Ada Tatami Spa
Ada spa disini. Nak tau berapa bayaran utk harga pakaj spa disini?

Ini Bayaran untuk Tatami Spa

Aliran sungai kecil yang mengalir



Sesiapa yang belum sampai lagi ke Bukit Tinggi boleh la try sekali untuk merasa sedikit kelainan.
Tapi kalau dah merasa p sekali, akan rasa xnak p dah..hehe
Sekian.


Monday, 7 January 2013

Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang


Salam dan Selamat Pagi

Hari ni nak review mengenai Kawasan peranginan ala-ala luar negara 
Bukit Tinggi Pahang


Colmar Tropicale ni berkonsepkan seni bina ala-ala Perancis dan Jepun. 
So, bg sesiapa yang xdapat nak p oversea tu, datang lah Bukit Tinggi untuk merasai kehidupan ala-ala Perancis.

Sangat Cantik!Tapi tempat tu tak luas pon. 

Ada 2 bahagian,  bangunan 1 tempat parking dan  
bangunan 2 ada Hotel, Menara, Info Centre, Kedai Makan, Game dan Gerai Cenderahati.



Bangunan 2 Colmar Tropicale Bukit Tinggi Pahang



Bangunan 1 tempat parking,


Tour De L' Horloge Clock Tower


La Lavande


Untuk pengetahuan semua harga makanan disini tersangat lah mahalnya. Nasib baik saya dah makan kenyang-kenyang sebelum naik ke Bukit Tinggi.
Harga bagi setin air minuman RM6. isk isk isk..

Cafe




Pemandangan Colmar Tropicale

Pengunjung-pengunjung

Swan 

Swan Putih


Swan Hitam


Tips sebelum  ke Bukit Tinggi
1. Isi Perut anda kenyang-kenyang dan bawa lah bekal air. hehe
2. Penting sangat. Jangan tinggal Camera di rumah. Nanti sia-sia percutian anda
3. Bukit Tinggi ni sesuai utk hanymoon je kot. sbb xde pape pon kat atas tu, just bangunan cantik2 je.
4. Bayaran RM12 untuk dewasa dikenakan untuk ke Colmar Tropicale


Next Entry mengenai Japanese Garden di Bukit Tinggi

Sesiapa yang merancang nak ke Bukit Tinggi boleh lah Rujuk Sini

COLMAR TROPICALE, BERJAYA HILLS

KM48, Persimpangan Bertingkat Lebuhraya Karak
28750 Bukit Tinggi, Bentong, Pahang
Malaysia
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...