Thursday, 25 April 2013

It's Giveaway Time by CREATIVE BY TWO


Salam..

Saya Joint GA dari Creative By Two...Setelah di Tag oleh Diana.hehe.. TQ ye


Sticky entry ini hingga 01 May 2013....

Jom Join---Klik SINI

Saya Tag:
1. Linda
2. Liza

Selamat Bersegmen Semua


Monday, 15 April 2013

Mengidam Buah Mempelam Muda


Salam dan Selamat Pagi
Minggu lepas terasa mcam nak makan pelam. Jadi hari sabtu lepas sy pon usaha la cari buah pelam ni.
Semangat sy bangun pagi p Pasar Tani kat Kelana Jaya.
Alhamdulillah, jumpa pon buah Pelam Apple

Mempelam Apple

Hasil hirisan


Hirisan yang Kuning rasanya lemak2 manis
Hirisan yang hijau rasanya masam-masam

Kuah Rojak

Memang sedap

Puas hati bila dapat mempelam ni.
Alhamdulillah.
SEKIAN

Jom tengok mempelam yang telah sy makan sblm ni


Thursday, 11 April 2013

Buah Asam Jawa


Salam semua
Dah Lama saya xmakan buah asam jawa. Hari tu teringin nak makan buah asam jawa, tp nak yang masam-masam manis. Tapi bila beli terbeli yang manis plak.

Buah Asam Jawa Manis


Ada tak yang tak pernah makan Buah Asam Jawa ?

Wednesday, 10 April 2013

Daki Broga Hill Untuk Kali ke 2 (Bukit Broga)

Bukit Broga sy kunjungi lagi untuk kali ke 2. Kali pertama Tahun lepas. LIHAT SINI
Kali ni saya p bersama suami dan ramai lagi.
Pengalaman yang berbeza dgn kali pertama p. Start mendaki dah lewat pukul 7 lebh rasanya.
Dah xpayah bawak lampu suluh. Jalan terang benderang. hehe
Berbekalkan air mineral dan roti. Saya sarapan smbil mendaki utk tambah tenaga.

Pendakian bermula.
Tidak sesukar mendaki seawal pagi. Jalan semua dah nampak.

Suasana Pagi Hari dr pinggir bukit

Masih ramai yang mendaki walaupon dah lewat

Panorama dr Bukit Broga

Tapi ramai yang mula turun dr atas. hehe Cuaca dah mula panas.
Tak sesuai rasanya nak naik time panas. Berpeluh sakan
Sy smpai atas pkol 8 lebh.
Panas dah. Sampai je atas terus kene cr tempat berlindung dr cuaca matahari yang panas.

Kali ni pon sy tak tercapai lagi hajat nak smpai ke puncak ke dua. Dapat tngk dari jauh je. sbb dah penat sangat. xlarat nak jalan p sana.

Rumput yang menghijau


Ada budak comel di celahan rumput (baju purple hitam)
orang sibuk nak lalu, dia sibuk nak bergambar. hehe

Selepas dh puas bergambo di atas Bukit Broga,
Saya pon mula menuruni bukit dgn cuaca yang panas.
Berbeza dgn pendakian kali pertama dulu, masa nak turun hujan mula membasahi bumi.Tapi kali ni panas terik plak..hehe

Time nak turun sy mula lelah, dah xlarat nak jalan. kene jalan slow2. hehe

Inilah rombongan sy ke Bukit Broga.

Mudah mudahan tahun depan dapat lagi sy daki Bukit Broga.
SEKIAN

Monday, 8 April 2013

Pantai Teluk Ketapang Kuala Terengganu


Pantai Teluk Ketapang terletak di kampung Teluk Ketapang, Kuala Terengganu, Terengganu. Bersebelahan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Sultan Ismail Nasiruddin Shah, kira-kira 10km dari pusat bandaraya Kuala Terengganu

Macam2 aktiviti yang terdapat di sini. Antaranya :

Menaiki Kereta Kuda dengan kadar bayaran:
Dewasa RM 5
Kanak-Kanak RM3

Dapat bersiar siar di sekitar Pantai Teluk Ketapang



Pelbagai jenis Layang-layang ada dijual

Bermain Layang-layang di tepi Pantai

Suasana Pantai yang nyaman dan Tenang


Dapat Basahkan kaki dgn air Masin

Menghayati keindahan Pantai

Suasana senja di tepi Pantai


Kepada yang belum lagi mengunjugi pantai Teluk Ketapang ni, rugi rasanya kalau tak singgah sini jika berkelapangan. Banyak homestay yang terdapat di sekitar Pantai utk pelancong menginap.
Sekian

Wednesday, 3 April 2013

PRU-13: Proses pilihan raya sejurus Parlimen dibubar


KUALA LUMPUR 4 April - Berikut proses yang akan dilakukan oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bagi membolehkan pilihan raya umum diadakan, sejurus Parlimen dibubarkan:

1. SPR mengumumkan tarikh pilihan raya umum dalam tempoh 60 hari

2. SPR mengumumkan tarikh penamaan calon

3. SPR mengumumkan tarikh pembuangan undi

4. SPR mengumumkan tempoh berkempen

5. SPR membawa kertas-kertas undi ke pusat pengiraan undi

6. SPR melakukan proses pengiraan undi

7. SPR mengumumkan keputusan pilihan raya

8. SPR mengumumkan pembentukan kerajaan negeri dan pusat berdasarkan jumlah kerusi yang dimenangi parti-parti bertanding

Sumber : UTUSAN

Tuesday, 2 April 2013

I.C.T (ikan celup tepung) Haji Pok Long, Pantai Teluk Ketapang


Salam dan Selamat Pagi.
Rindu plak nak berblog, dah lama tak menulis, setelah beberapa bulan xde mood nak update.

Minggu lepas saya balik Terengganu. Tekak ni teringin nak makan ABC (air batu campur)
maka nya, en hasben bawak lah sy basahkan tekak di Pantai Teluk Ketapang.
Orang cakap kalau sampai di Pantai Teluk Ketapang ni tak sah kalau tak makan ICT (ikan celup tepung).
Pertama kali saya makan celup2 tepung ni meratah mcam tu je..hehe

Banyak gerai yang jual celup2 tepung ni. Antara yang famous adalah ICT  Haji Pok Long.
Udang & Sotong RM5 sepinggan, Ketam sekor Rm 15@20 kut, Ikan 2ekor xtahu bape ikut Harga pasaran, Kepok 2batang singgit,
Total semua yang sy makan RM40. 

A.B.C & Ais Jagung
(Ais Jagung lagi sedap dr ABC kat sini, tekak saya la)

Udang yang rangup, yang paling sy suka adalah Ketam, manis betul isinya

ABC yang marvelous

OK. Tinggal tulang. Licin
Pengunjung yang ramai setiap masa




ICT Haji Pok Long (Seafood)

Bagi saya, xde la sedap sangat ICT kat sini(biasa2 je), agaknye sbb dah mkn lagi sedap kat rumah kut. Tapi org cakap sedap kat sni..hehe

OK. SEKIAN.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...