Thursday, 2 February 2012

DAPAT RM 200 Jika Lahir anak DI PERAK !

TABUNG SIMPANAN PENDIDIKAN NEGERI PERAK 

Ini adalah sample borang permohonan


 PERATURAN / SYARAT-SYARAT


  • Anak kelahiran Negeri Perak adalah bermaksud sepertimana yang termaktub di dalam Akta Tubuh Negeri Perak Darul Ridzuan.


  • Kelahiran Anak Negeri Perak bermula pada 1/1/2010 mulai selepas jam 12.00 tengah malam.


  • Anak kelahiran Negeri Perak mestilah mendaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara di Negeri Perak atau mana-mana tempat dalam Negeri Perak dan mempunyai Sijil  Kelahiran yang sah.


  • Hendaklah mendaftar dengan Yayasan Perak untuk mendapat Tabung Simpanan Pendidikan Negeri Perak ini melalui borang atau kaedah-kaedah yang akan difikirkan dari masa kesemasa.


  • Setiap kelahiran akan mendapat RM200.00 dan wang tersebut akan dimasukkan ke dalam Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN).


  • Ibu/Bapa/Penjaga digalakkan menabung dan menambah tabungan di dalam SSPN dari masa ke semasa.

  • Wang simpanan dalam tabungan SSPN ini boleh dikeluarkan selepas anak kelahiran Negeri Perak tersebut genap 18 tahun ke atas.


  • Sekiranya anak-anak kelahiran Perak yang mendaftar melalui Yayasan Perak dan menabung di dalam SSPN tersebut meninggal dunia sebelum 18 tahun maka wang  tersebut akan dikembalikan kepada waris yang mendaftar dengan Yayasan Perak.

*Borang Permohonan boleh didapati secara percuma di Hospital kerajaan Negeri Perak, Jabatan Pendaftaran Negeri cawangan Negeri Perak, Pejabat Yayasan Perak, Pejabat Pusat Khidmat Masyarakat Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan masing-masing atau dicetak terus melalui laman web ini.

Jika ada sebarang kemusykilan sila layari http://www.yayasanperak.com.my/

10 comments:

  1. Ok, nnt boleh pi bersalin kat perak....hehehe...

    ReplyDelete
  2. hmmm....wahhhh kat ganu pon ada , tp sampai skrang tak p buat pon.

    ReplyDelete
  3. beruntung ye sapa lahir di negeri perak

    ReplyDelete
  4. faz->p buat cpt..nnti aku nak lahirkan kt perak je..anak first kt perak..second kt perak,,dan seterusnya kat perak..haha


    nuriz--->hehe..aah sangt bertuah

    ReplyDelete
  5. Bini teman org perok. Takkan tal bley?

    ReplyDelete
  6. lahirkan la anak di perak..bole le dpt..

    ReplyDelete
  7. klu anak lahir kat selangor lagi best dapat RM1500. =)

    ReplyDelete
  8. oowh...ye ke..lagi banyk upenya..tukar la plak..nak lahirkan kt selangor la..hehe

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...