Thursday 24 April 2014

Musim mencandat sotong



Candat adalah sejenis peralatan menangkap sotong, ia adalah kaedah tradisi menangkap sotong tanpa
menggunakan umpan.
DiTerengganu musim mencandat sotong adalah bulan April hingga Julai.
kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti "Bandar Terapung" yang diterangi 
cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.

JENIS CANDAT
Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.
Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada Sotong Torok, ,Sotong Telor (ketupat sotong) dan Sotong Jarum, Sotong Mengabang, Sotong Katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu yg terang (Spotlight) yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”

“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.



Ini hasil dari mencandat sotong, kwn hasben yg kasi.
Besar sebenarnya sotong ni, tp disebabkan tangan kt sblah tu besor degabak, makanya sotong yang besar kembali berwajah kecik. 


Ini hasil dari seekor sotong. Dapat sepiring sotong masak merah


Tuesday 22 April 2014

Buku Baru


Assalamualaikum

 Dah lama rasanya x jenguk2 ke blog ni. Baru nak mula kehidupan baru. Bermula di bumi Terengganu. huhu. Dah jadi rakyat Terengganu la nampaknya.. Tapi tetap ckp Perak OK..NO cakap Terengganu..
Baru nak belajar benda baru, Kehidupan baru, kerja baru, tempat baru, rumah baru, kawan baru.

Kawan-kawan tau x apa itu MINI RTC?


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...