Salam dan Selamat Pagi
Alhamdulillah saya telah menjejakkan kaki ke Bukit Broga a.k.a Broga Hill
Bukit Broga terletak di Semenyih
Dah lama saya teringin nak p Bukit Broga, Jumaat ari tu dengar housemet nak p,
terus sy mintak nak ikut. Terima Kasih Ida
Housemet sy adalah lecturer di FIM (Food Institute of Malaysia), ida p dengan student-student nya
Perjalanan dari kelana Jaya bermula jam 4.30 pagi dan
sampai di kaki bukit Broga lebih kurang 5.30 pagi
Jalan tak jem pagi-pagi buta kan.
kat sana nak masuk parking di kenakan bayaran RM 2 setiap kereta..
Kawasan parking adalah dikawasan ladang Kelapa Sawit.
Masa sampai kat kawasan parking tu dah penuh kereta yang parking.
Kami mula mendaki dengan berlampukan lampu suluh.
klu xbwak lampu suluh mmg kene tumpang orang punya lampu,
klu x mmg xnmpak jalan la jawabnya.
tapi jangan risau klu xbwak, ada orang jual lampu suluh kat sana, beli je.
Perjalanan dri kaki bukit ke Bukit Broga lebh kurang 1 jam.
kami sampai di Puncak Bukit Broga pada jam 6.45pagi.
Berpeluh sakan, Puas hati sangat bila dah sampai kat atas
Tapi saya x de rezeki nak tengok matahari terbit sbb hari nak hujan
Bukan nak hujan lagi, tapi mmg hujan pon kat atas tu,
Cepat2 kami turun bila dah puas lihat pemandangan yang sangt cantik dan bergambar sakan.
Masa nak turun memang sangat mencabar sbb jalan dah licin dengan air hujan
sampai ada la yang jatuh gedebuk gedebuk kat tanah
Jom Layan Gambar
Bergambar di celahan Lalang
Orang ramai yang sama mendaki Bukit Broga
Posing kejap
Cantik lalang-lalang kat sini
Bersama Ida dan Student nya
Perjalanan turun dari Bukit Broga
Semua pakat nak turun bila hujan dah rintik-rintik
Masa ni hujan dah turun sikit-sikit
Bukit Broga telah saya jejaki
Akhirnya saya pon dapat p jugak. :)
Alhamdulillah
Esok kita tengok panorama di sekitar Bukit Broga