Showing posts with label Broga Hill. Show all posts
Showing posts with label Broga Hill. Show all posts

Wednesday, 10 April 2013

Daki Broga Hill Untuk Kali ke 2 (Bukit Broga)

Bukit Broga sy kunjungi lagi untuk kali ke 2. Kali pertama Tahun lepas. LIHAT SINI
Kali ni saya p bersama suami dan ramai lagi.
Pengalaman yang berbeza dgn kali pertama p. Start mendaki dah lewat pukul 7 lebh rasanya.
Dah xpayah bawak lampu suluh. Jalan terang benderang. hehe
Berbekalkan air mineral dan roti. Saya sarapan smbil mendaki utk tambah tenaga.

Pendakian bermula.
Tidak sesukar mendaki seawal pagi. Jalan semua dah nampak.

Suasana Pagi Hari dr pinggir bukit

Masih ramai yang mendaki walaupon dah lewat

Panorama dr Bukit Broga

Tapi ramai yang mula turun dr atas. hehe Cuaca dah mula panas.
Tak sesuai rasanya nak naik time panas. Berpeluh sakan
Sy smpai atas pkol 8 lebh.
Panas dah. Sampai je atas terus kene cr tempat berlindung dr cuaca matahari yang panas.

Kali ni pon sy tak tercapai lagi hajat nak smpai ke puncak ke dua. Dapat tngk dari jauh je. sbb dah penat sangat. xlarat nak jalan p sana.

Rumput yang menghijau


Ada budak comel di celahan rumput (baju purple hitam)
orang sibuk nak lalu, dia sibuk nak bergambar. hehe

Selepas dh puas bergambo di atas Bukit Broga,
Saya pon mula menuruni bukit dgn cuaca yang panas.
Berbeza dgn pendakian kali pertama dulu, masa nak turun hujan mula membasahi bumi.Tapi kali ni panas terik plak..hehe

Time nak turun sy mula lelah, dah xlarat nak jalan. kene jalan slow2. hehe

Inilah rombongan sy ke Bukit Broga.

Mudah mudahan tahun depan dapat lagi sy daki Bukit Broga.
SEKIAN

Wednesday, 17 October 2012

Hutan Lipur Sungai Tekala Ku jejaki


Salam dan Selamat PAGI

Setelah Penat sy mendaki Bukit Broga a.k.a Broga Hill untuk melihat
saya basahkan kaki di Sungai Tekala, dekat aje dr Bukit Broga

Jom Tengok gambar

Terdapat Gerai-gerai yang menjual makanan ringan seperti Goreng pisang, 
nasi lemak, air, keropok, burger dll
terletak betul-betul dihadapan pintu gerbang nk masuk ke Sungai Tekala

Kawasan ni di bukak dr 7 pagi hingga 7 petang
Bayaran sekali masuk utk 
DEWASA - RM 1
KANAK-KANAK - RM 50 SEN

Hutan Lipur dan Hutan Pelajaran Sungai Tekala

Kami di depan pintu Gerbang  Hutan Rekreasi Sungai Tekala

Sungai Tekala ni lebih sesuai klu nk berkelah bwak budak2 kecik, 
sebab airnya cetek sahaja, banyak kawasan air cetek, dan  kawasan untuk berkelah pon agak luas

Rombongan baru nak naik tangga di Sungai Tekala
Tangga-tangga kat sini tak la tinggi mcam kat Sungai Gabai
Kalau sungai Gabai..sampai mengah baru anda akan smpai ke atas
Kat Sungai Tekala ni Tangga nya landai sahaja, so tak payah la risau penat

Monyet tersangat la banyaknya
X boleh tengok makanan langsung, mesti dia nak terkam

Hari mendung nak hujan

Banyak Batu-batu kat Sungai Tekala ni


Air sungai xberapa nak jernih sebab musim hujan

Air terjun yang tak berapa nak terjun. Tak tinggi pon mcam air terjun Sungai Gabai

Akar yang harus anda lalui utk naik ke atas

Kuda di Pintu masuk Sungai Tekala
sesiapa yang nk merasa naik kuda boleh la try dengan bayaran RM 5 1 pusingan
pusingan pon xde la besar sangat, kecik je. Ok la dengan bayaran RM 5 tu

Juga di sediakan Tapak Perkemahan utk sesiapa yang nak berkhemah

Nanti sy akan review Sungai Gabai
Bagi sy Sungai Gabai lagi syokkk. :)

Esok kita tengok panorama di Sungai Tekala

Tuesday, 16 October 2012

Panorama Broga Hill @ Bukit Broga


Salam dan Selamat Pagi

Hari ni Jom tengok panorama yang cantik dari Bukit Broga

ni time sebelum kol 7, mmg gelap lagi masa ni kitaorg smpai kat atas

Lalang-lalang



Pukol 7 lebih.dah cerah

Rumput-rumput yang menghijau
Pemandangan disekitar kawasan Bukit Broga


Lalang-lalang yang cantik


Apa la budak-budak ni buat tepi tu.

Sesat dalam semak





Selepas penat lelah saya mendaki Broga Hill saya p bermain air di Sungai Tekala,
Esok sy cerita..hehe..nantikan ye..
Sekian

Monday, 15 October 2012

Langkah Terhenti di Bukit Broga a.k.a Broga Hill


Salam dan Selamat Pagi

Alhamdulillah saya telah menjejakkan kaki ke Bukit Broga a.k.a Broga Hill
Bukit Broga terletak di Semenyih
Dah lama saya teringin nak p Bukit Broga, Jumaat ari tu dengar housemet nak p,
terus sy mintak nak ikut. Terima Kasih Ida

Housemet sy adalah lecturer di FIM (Food Institute of Malaysia), ida p dengan student-student nya
Perjalanan dari kelana Jaya bermula jam 4.30 pagi dan
 sampai di kaki bukit Broga lebih kurang  5.30 pagi
Jalan tak jem pagi-pagi buta kan.
kat sana nak masuk parking di kenakan bayaran RM 2 setiap kereta.. 
Kawasan parking adalah dikawasan ladang Kelapa Sawit.
Masa sampai kat kawasan parking tu dah penuh kereta yang parking.
Kami mula mendaki dengan berlampukan lampu suluh. 
klu xbwak lampu suluh mmg kene tumpang orang punya lampu,
 klu x mmg xnmpak jalan la jawabnya.
tapi jangan risau klu xbwak, ada orang jual lampu suluh kat sana, beli je.
Perjalanan dri kaki bukit ke Bukit Broga lebh kurang 1 jam. 
kami sampai di Puncak Bukit Broga pada jam 6.45pagi.
Berpeluh sakan, Puas hati sangat bila dah sampai kat atas
Tapi saya x de rezeki nak tengok matahari terbit sbb hari nak hujan
Bukan nak hujan lagi, tapi mmg hujan pon kat atas tu,
Cepat2 kami turun bila dah puas lihat pemandangan yang sangt cantik dan bergambar sakan. 
Masa nak turun memang sangat mencabar sbb jalan dah licin dengan air hujan
sampai ada la yang jatuh gedebuk gedebuk kat tanah
Jom Layan Gambar

Bergambar di celahan Lalang

Orang ramai yang sama mendaki Bukit Broga




Posing kejap

Cantik lalang-lalang kat sini

Bersama Ida dan Student nya

Perjalanan turun dari Bukit Broga


Semua pakat nak turun bila hujan dah rintik-rintik


Masa ni hujan dah turun sikit-sikit



Bukit Broga telah saya jejaki

Minggu lepas sy tengok Linda update p Bukit Broga --Lihat SINI
Akhirnya saya pon dapat p jugak. :)
Alhamdulillah


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...