Teruk Rupanya BANJIR KILAT di Puchong semalam.
PUCHONG - Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya di sini semalam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air.
Bagaimanapun, menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.
"Bomba menerima panggilan pada pukul 5.30 petang dan setibanya anggota ke lokasi mendapati beberapa buah kenderaan telah ditenggelami air.
"Punca air naik begitu cepat adalah disebabkan banjir kilat dan hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi semalam.
Menurut beliau, banjir di kawasan itu surut kira-kira pukul 6 petang.
"Banjir kilat sedalam 1.5 meter itu merupakan pertama kali melanda kawasan Bandar Puchong Jaya sejak beberapa tahun lalu dan ia boleh dikatakan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan," katanya lagi.
tgk birte smlm mmg teruk..
ReplyDeletewah teruknya bandar puchong ..tap pernah2 banjir sblm nie..akak pernah keja kat area tuh...heee too much pembangunan kot
ReplyDeleteSaya pun terkejut tengok gambar-gambar kat FB, berita kat tv...
ReplyDeleteTeruk gak tuh.. Kalo la saya ada kat situ menangis arr tengok kereta tenggelam camtuh je...
Masya Allah... terkejut tgk banjir tu... ksian pd mereka yg keretanya ditenggelami air..duit lagi tu..
ReplyDeleteteruk sampai cam tu skali kan..
ReplyDeletememang kesian lah pada yang terperangkap banjir tuh..
Teruk nya kan? dengar2 air naik tinggi sangat..moga tiada keinginan yg tidak di ingini berlaku...:)
ReplyDeleteteruknya banjir kilat tu...... sampai dlm shopping complex....
ReplyDeletehabis jahanam semua barang kan...sian sungguh lah
ReplyDeleteTeruknya.....hujan lebat xbrenti2 ke?
ReplyDeleteTeruk pulak banjir kat ioi ni, dah la kawasan situ memang jem teruk...
ReplyDeleteTeruk yekkk!!!
ReplyDeleteakak keje dpn IOI balik rumah tengok berita .. "teruknya banjir, awat aku tak tahu"
ReplyDeleteeh tu dlm ioi mall ke? siap starbuck kena lg tu..senang sikit nk blend frappucino..heheh
ReplyDeleteTeruk gak banjir nie ek
ReplyDeleteseronoknye, . . . . boleh main air, kan-kan ? . . . .
ReplyDeletesemua yang berlaku ni cubaan, ade hikmah disebalik musibah yang berlaku, . . . . .
itu yang cikgu selalu cakap dulu, . . .
Assalamualaikum, kak . . . (^_^)
Ape kabor kah ?
http://budakgetah91.blogspot.com/2013/03/apabila-nafsu-menguasai-diri.html