sumber: Google
1. Sentuhan pada wajah - menyentuh bahagian bawah muka mereka
2. Tapak tangan - menyembunyikan tangan mereka
3. Pergerakan mata - Akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda
4. Pergerakan - Akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit.
5. Topik percakapan - Akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik dengan harapan penipuannya telah dipercayai
6. Mengelak dari jawapan langsung - Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung
7. Anak mata - Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu.
8. Ekspresi diri - Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja,
9. Penggunaan objek - Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri.
10. Nada suara- Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.
11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.
12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang
13. Cara berdiri atau duduk - Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu
14. Terlalu banyak butiran - Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.
15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.
So, tak perlu lah nak menipu saya
sbb saya memang PANTANG bila di TIPU
berlaku lah jujur bila orang berbuat baik dengan anda
Terimalah akibat bila BAIK di balas dengan PENIPUAN
saya anti PENIPU

