Tuesday, 25 September 2012

Bagaimana Untuk Mengenali / Mengecam Seorang Penipu



sumber: Google

1. Sentuhan pada wajah - menyentuh bahagian bawah muka mereka

2. Tapak tangan - menyembunyikan tangan mereka

3. Pergerakan mata - Akan bergerak-gerak banyak ke sana ke sini bagi mengelakkan pandangan anda

4. Pergerakan - Akan kurang menggerakkan tangan mereka dan menggunakan ruang yang sedikit. 

5. Topik percakapan - Akan selalu menukar-nukar topik percakapan, penipu berasa selesa bertukar topik   dengan harapan penipuannya telah dipercayai

6. Mengelak dari jawapan langsung - Penipu kadang-kadang memberikan jawapan yang boleh diputar-belit dari memberi jawapan langsung

7. Anak mata - Anak mata biasanya akan membesar apabila menipu atau berlakon; ini kerana tindak balas badan yang membebaskan hormone adrenalin semasa keadaan menipu.

8. Ekspresi diri -  Ekspresi diri hanya terhad kepada bahagian mulut sahaja, 

9. Penggunaan objek - Penipu akan bermain-main dengan barang milik mereka seperti beg tangan, gelang tangan, telefon bimbit atau rambut mereka sendiri. 

10. Nada suara- Nada suara seorang penipu biasanya tidak konsisten dengan pergerakan atau percakapannya.

11. Sindiran – Mereka yang tidak jujur selalu menggunakan sindiran apabila menjawab pertuduhan.

12. Tidak masuk akal – Kata-kata penipu selalunya tidak masuk akal dan percakapan mereka jadi tunggang langgang

13. Cara berdiri atau duduk - Mereka yang menipu atau berlakon biasanya berasa tidak selesa berdiri atau duduk setentang dengan orang yang ditipu

14. Terlalu banyak butiran - Orang yang tidak jujur akan menambahkan butiran-butiran yang tidak berkaitan kepada perbualan, sebagai satu cubaan untuk mengambil hati orang yang lawan bercakap dengannya.

15. Bersifat defensif – Orang yang bersalah biasanya menjadi defensif pada saat pertama dituduh manakala orang yang jujur akan menjadi marah (ofensif) apabila dituduh.

So, tak perlu lah nak menipu saya
sbb saya memang PANTANG bila di TIPU
berlaku lah jujur bila orang berbuat baik dengan anda
Terimalah akibat bila BAIK di balas dengan PENIPUAN
saya anti PENIPU



17 comments:

  1. mcm2..kdg2 yg nmpk ok pon kt tak pasan sbnrnya mereka penipu!

    ReplyDelete
  2. Pemimpin penipu agak sukar ditelah sekarang nie...

    ReplyDelete
  3. penipu nie kekadang dia pandai......
    dia kaji dulu psycology.... tu yg kekadang kita pun tertipu.....

    ReplyDelete
  4. semua kat atas tuh betul tuh , tapi ramai jgk tertipu , hehehe , kebanyakan mase , susah nak kesan dye tipu kerr tak melaenkan kiterr dah knl lama ...

    ReplyDelete
  5. Ada juga pakai menipu dengan memutar belitkan kata-katanya dan berlakon untuk menampakan ianya adalah benar.

    ReplyDelete
  6. ada jugak yg pandai cover line..susah jugak nak kesan penipu ni...nice sharing

    ReplyDelete
  7. Sekali ditipu, mmg susah dah nak caya.....so baik jgn start langsung....

    ReplyDelete
  8. saya pun pantang ditipu..hehe.. tapi betul la apa yang diberi tahu kat atas ni..hehehe

    ReplyDelete
  9. ciri2 tu nampak mcm utk org gabra dan tak komfiden pun ada jugak kan?

    ReplyDelete
  10. erm dah banyak kali kena tipu..tak tolong, kawan..dah tolong, 'hancing' satu badan

    ReplyDelete
  11. info bagus ni psl penipu...tp tu la penipu ni kdg2 cerdik juga dorang hehe

    ReplyDelete
  12. kadang-kadang kalau orang jenis gelabah, . . . . . apabila dia tak menipu pun dia akan buat tanda-tanda kat atas ni jugak, . . berdasarkan pemerhatian dan pengalamanku, . . . .

    tapi apepun, . . . . . tanda-tanda ni memang boleh menunjukkan dan mengesan penipu, . . .
    MOST OF THE TIME, tanda-tanda ni memang menunjukkan seseorang itu sedang menipu, . . .

    Assalamualaikum, kak, . . . ape kabarkah sekarang ? hehe :D

    ReplyDelete

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...