Showing posts with label Terengganu. Show all posts
Showing posts with label Terengganu. Show all posts

Thursday, 24 April 2014

Musim mencandat sotong



Candat adalah sejenis peralatan menangkap sotong, ia adalah kaedah tradisi menangkap sotong tanpa
menggunakan umpan.
DiTerengganu musim mencandat sotong adalah bulan April hingga Julai.
kawasan perairan Terengganu pada waktu malam tak ubah seperti "Bandar Terapung" yang diterangi 
cahaya lampu daripada bot-bot nelayan.

JENIS CANDAT
Alat yang dinamakan candat ini berbentuk umpan tiruan seperti udang diperbuat daripada timah ataupun plastik yang berkilat, bercahaya serta berwarna-warni untuk menarik perhatian sotong yang sifatnya memang tertarik dengan cahaya.

Lazimnya candat ini diikat dengan lapan hingga 10 mata pancing. Antara nama candat yang biasa digunakan ialah candat buntal, twist, udang, umpan dan candat Siam.
Perbezaan candat-candat ini dari segi bentuk dan penggunaannya bergantung kepada kesesuaian dan jenis sotong yang dicandat sama ada Sotong Torok, ,Sotong Telor (ketupat sotong) dan Sotong Jarum, Sotong Mengabang, Sotong Katak, dan sebagainya.

“Setiap kali mencandat, kita menggunakan lampu yg terang (Spotlight) yang disuluh ke laut untuk menarik perhatian sotong. Candat itu akan dicampak ke dalam air sehingga ke dasar sebelum diangkat balik sepanjang sedepa.”

“Ketika itulah kita perlu menggerak-gerakkan candat tadi dengan menarik-narik talinya supaya ia kelihatan seolah-olah umpan hidup untuk `menipu’ sotong yang kemudian akan menyambar umpan tiruan tersebut,” katanya.



Ini hasil dari mencandat sotong, kwn hasben yg kasi.
Besar sebenarnya sotong ni, tp disebabkan tangan kt sblah tu besor degabak, makanya sotong yang besar kembali berwajah kecik. 


Ini hasil dari seekor sotong. Dapat sepiring sotong masak merah


Wednesday, 9 January 2013

Cahaya di Bumi Kerteh


Salam dan Selamat Pagi

Kerteh adalah salah satu kawasan Industri Petroleum Petronas di Terengganu
Loji-loji disini dipasangkan dengan lampu-lampu yang sangat banyak bagi tujuan keselamatan.
Pemandangan yang sangat cantik pada waktu malam. Saya sempat singgah sekejap di kawasan loji tersebut semasa perjalanan pulang ke KL.

Setelah menggoogle baru saya tau Kerteh juga dikenali sebagai "City of Light"  di kalangan pelancong kerana limpahan cahaya dari Kawasan Perindustian tersebut yang menerangi kawasan Kerteh pada waktu malam.


Ini merupakan pemandangan sebahagian daripada Kawasan Industri Petroleum Petronas

saya sedang menghayati keindahan limpahan cahaya



sangat cantik pemandangan kat sini

Loji-loji

ooo baru sy tau sebenarnya xleh BERHENTI bergambar kat sini.Ini sebabnya

----> Dilarang sebab xleh parking tepi jalan sbb bahaya kereta laju. Biasa kemalangan kat situ <----

Jadi jangan lah berhenti ye, BAHAYA rupanya
Sekian
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...