Salam dan Selamat Pagi Jumaat
Hari ni mood nak upload pic utk cara2 buat Kek Batik Marie
First Time buat ni..tak bape nak jadi sangt pon..janji boleh makan sendiri..hehe
Resepinya sy google je..hehe
BAHAN - BAHAN
Biskut Marie - 1 bungkus
Buttercup 250g (tapi sy guna marjerin)
Milo - paket kecil 200g
Susu pekat manis - setengah tin (kalau suka kurang manis, boleh kurangkan kuantiti)
CARA-CARA
1. Pecahkan biskut marie dan ketepikan dahulu
2. Panaskan butter di dalam kuali/periuk sehingga cair
3. Masukkan susu pekat dan dikacau sehingga sebati.
4. Kemudian masukkan milo dan dikacau sehingga likat.
5.Masukkan pecahan biskut dan gaul sehingga sebati
6.Masukkan ke dalam bekas, dan tekan sehingga mampat
7.Sejukkan ke dalam peti ais,
8.Dah sejuk boleh potong ..hehehe
Resepi ni sy Ambik dr
SINI
Selamat Mencuba