Bila hati dilukai secara xsengaja..sakitnya tak dapat digambarkan..
Bila hati pernah terluka..parutnya masih ada smpai kini
Kenangan lalu menghantui diri kini dan selamanya...
Aku pernah kecewa, pernah terluka dan pernah terasa,juga pernah menjauh hati.
Tapi aku tak pernah membenci dan berdendam.
Aku akan terasa apabila melihat orang lain derita.
Aku akan bahagia apabila melihat orang lain bahagia melihat kita.
Aku xkan bahagia jika orang lain derita bila melihat kita bahagia..
YA..ITU BUKAN AKU..
Aku juga Perempuan, aku tahu apa yang orang rasa bila hati terluka
Semoga setiap insan akan bahagia, selepas berjaya merawat luka di hati.
Bila hati dilukai…
Hanya tuan punya diri yang dapat merawatnya.
Tidak mungkin orang lain dapat mengubatinya, jika diri sendiri tidak ingin diubati.
Jika adanya penyelesaian,jika adanya jalan pilihan…
berusahalah merawat hati yang telah terguris itu.
Jangan biarkan ia terus parah kerana itu bukan pilihan terbaik.
♥ pesanan pada Hati♥
Belajarlah untuk kehilangan dia , andai dia bukan jodohmu ...
Belajarlah untuk tabah, andai dia pergi dari hidupmu ...
Belajarlah untuk menerima hakikat yang dia bukan milikmu ...
Belajarlah untuk berhenti mencintai dia , andai cinta dia bukan untukmu ...
Belajarlah utk melupakan dia , andai dia tak mengingatimu ...
Belajarlah untuk menerima cinta lain , kerana dia hanya tinggal kenangan ..
Belajarlah tidak mengganggu dia, kerana saya terluka