Thursday 28 February 2013

Warehouse Clearance - KL SOGO 28 FEB - 3 March 2013


Warehouse Clearance - KL SOGO  28 FEB - 3 March 2013

Klik Pic utk view Catalog

Dah Gaji kan? boleh la jenjalan kat SOGO..


Tuesday 19 February 2013

BANJIR DI PUCHONG - 18/2/2013 !!!


Teruk Rupanya BANJIR KILAT di Puchong semalam.







PUCHONG - Beberapa buah kenderaan terperangkap selepas ditenggelami banjir kilat sedalam 1.5 meter berhampiran pusat beli-belah IOI Mall di Bandar Puchong Jaya di sini semalam.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohamad Sani Harul berkata, hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang menyebabkan kawasan itu ditenggelami air.

Bagaimanapun, menurutnya, kejadian itu tidak melibatkan kemalangan jiwa.

"Bomba menerima panggilan pada pukul 5.30 petang dan setibanya anggota ke lokasi mendapati beberapa buah kenderaan telah ditenggelami air.

"Punca air naik begitu cepat adalah disebabkan banjir kilat dan hujan lebat tanpa henti sejak pukul 4.30 petang," katanya ketika dihubungi semalam.

Menurut beliau, banjir di kawasan itu surut kira-kira pukul 6 petang.

"Banjir kilat sedalam 1.5 meter itu merupakan pertama kali melanda kawasan Bandar Puchong Jaya sejak beberapa tahun lalu dan ia boleh dikatakan agak teruk kerana melibatkan kerosakan beberapa buah kenderaan," katanya lagi.



Friday 8 February 2013

tAk ADA Mood Nak Keje



Selamat Bercuti Kawan-Kawan
Selamat Tahun BARU Cina
Xsabar nak balik KG. 

Wednesday 6 February 2013

Msg Bersebab


Msg Bersebab

aku tau la mesti ada sbb kan ko msg aku.
klu xde sbb jgn harap la nk mintk maaf.
mcam la aku baru kenal ko 2 3 mgu..sory la..
semua permainan ko dalam poket aku tau x?

sudah la..aku xkaco hidup orang, ko jgn campur hidup aku.
xpayah la susah2 nak sibuk pasal aku..
p la buat hal sendiri. mcam mana ko buat kat aku dulu.

masa nak menipu xpikir pulak kesan dan akibatnya.
masa tu pkir x nak menipu tu lama ke kejap????
masa tu pkir x hati org ko tipu tuh sakit ke x??
masa tu pkir x apa akan jadi bile aku tau perkara sebenar bila menipuan tu terbongkar??
masa tu pkir x soalan yg ko tye aku tu soalan soalan BODOH?


skrg aku pulak yg ko salahkan  bila aku hangin?
ada beza ke aku sakit hati lama ke kejap????
suka hati aku la. 
meh sini nak jwab.
hati ni sakit bile org menipu aku dikala aku berniat baik nak menolong.
yaa mmg smpai skrg aku xleh lupa aku ditipu oleh manusia yng pentingkan diri sendiri

aku yakin, ko msg aku ni pon bersebab kan????sudah la..mcam aku xkenal ko..
tngk la xlama lgi kompem aku tau sbbnya..ingt aku bodoh???tp sebenarnye aku dh tau sebabnya..tunggu dan lihat je la..

jangan ingt aku baik ngn ko, ko boleh pijak kepala aku..mintak maap la ye..

Sekali ditipu, mmg susah dah nak caya.....so baik jgn start langsung....



WORDLESS WEDNESDAY @ Lori Terbalik


Tuesday 5 February 2013

Sayang @ Dugaan @ Kesabaran



Sayang @ Dugaan @ Kesabaran

Rokok e-elektronik bantu Perokok Tegar benti Merokok ?


Merujuk Kepada entry saya tentang  Bahaya Rokok e-elektronik
sy tertarik dengan komen Anonymous ni
Ce Baca


Apa Komen Korang? Betul ke kata-kata Anonymous ni?
Tapi klu Rokok Elektronik ni boleh buat perokok tegar dr berhenti merokok. Kira ok la tu kan?
pening kepala sy..betul ke tidak ni??

Friday 1 February 2013

Balifeel @ Bangsar Sphere

Salam dan Selamat Pagi
Hari ni cuti sempena Hari Wilayah..yeyyy balik Kg...

2hari lepas ada makan-makan bersama BOS sempena sambut Birthday Saya, alfi dan Lee.
Bos belanja di  BaliFeel, The Sphere, Bangsar South.

Jom tengok apa yang kitaorang makan
Menu Balifeel 

Ada Seafood Platter, Rojak Buah, Gado-Gado, Otak-Otak

Kenangan Balifeel, Ayam Penyet, Empal Daging, Nasi Lemak Antarabangsa, Satay Ikan

Idaman  Balifeel, Siap Megoreng,, Ceria Balifell, 

Mee Jawa, Mee Sup Ayam, Thai Country Fried Fish, Nasi Goreng Kitamani, Nasi Goreng Bali, Tom Yam Kung

Kenangan Balifeel RM 14
(ada sotong, chicken wing, yg cucuk tu cm tofu seafood and 1 otak2, nasi, sambal, ulam)

Gado-Gado RM 7.50

Ayam Penyet RM 9.90


Kerabu Mangga

Cendol

Air Tembikai

Passion Fruit Juice

Fresh Oren

BaliFeel 

Secara keseluruhannya makanan kat sini sedap-sedap, ayam pon besar, sy xhabis pon makn. Air tembikainya dia mmg mabeles..sedap, pekat. 
Klu sesiapa yang nak try, boleh la p nanti, harganya biasa je..xde la mahal sangat 
 Ini Alamatnya

BaliFeel (the heart of Bali)
Lot G5, Ground Floor, 
The Sphere, Avenue 1, Bangsar South, 
Jalan Kerinchi, KL
03-22473188
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...